Owner Post Them Follow Dash



Bloggernistar!!
Blogernistar! II

Bonjour!


Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
[Hello!And welcome to my blog!Enjoyed!]
[FORM CODE. WIDTH 175 HEIGHT 86]


Instagram: itsmeniaa11
Facebook : NurulAin Blinkers
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Visit my cerpen blog>>http://nurularissa1.blogspot.com/

Bad News -,-

Aduhai.. Tak dapat tengok cerita Aku Mahu Ke New York 1 dan 2 adaptasi novel Ain Maisarah . Cerita itu start 20th dan 27th Feb. Sedihnya !

Punyalah beria-ia tunggu cerita itu, tapi sekarang ini tak dapat tengok pula !! Geram betul! 20th saya ke Melaka. Holiday mak kata? Please lah.. Setakat dekat Melaka itu sudah 5 kali kita pergi. Asyik-asyik pergi sana. Boleh muntah hijau saya dibuatnya. Sudahlah perjalanannya jauh! Kalau naik kapal terbang tidak apa juga. Geramnyaa! Saya punyalah confident AMKNY 1 boleh tonton cerita tu. Tapi tak boleh.

AMKNY 2 pula jatuh pada hari Jumaat. Jumaat Johor tak sekolah. Tapi .... Ada kelas tambahan!!!!!!!!!!!!!! Biasalah. Sekolah saya ni pelik sedikit. Sengaja ambil waktu rehat orang. Hakikatnya sekolah tambahan tak perlu pun. Bukannya belajar sangat pun! Main sahaja lebih. Hakikatnya , tengok sahaja tahun lepas. 8 orang sahaja yang dapat 5A . Buang duit sahaja. Walhal hari Jumaat masanya untuk pelajar siapkan kerja rumah dan rehat! Sekarang ini satu hari sahaja boleh rehat. Minta ampun! Penatnya belum hilang. Kelas malamlah,kelas intensiflah,kelas tambahan lah. Entah apa-apa! Pada saya cara mendidik murid supaya menjadi cemerlang bukan dengan belajar 24 jam . Pakar motivasi pun pernah cakap yang pelajar yang belajar 24 jam ini jarang mendapat keputusan yang cemerlang.

Kenapa? sebab otak kita dipengaruhi dengan pelajaran hingga terlalu banyak sangat. Cuba bayangkan, sedangkan komputer boleh jadi lembap sebab terlalu banyak data dan memori yang kita simpan melaluinya. Inikan pula otak manusia. Manusia juga bukannya robot yang boleh buat benda yang sama sahaja 24/7.  Manusia pun memerlukan aktiviti seperti membaca,menonton TV,bermain dan macam-macam lagi. Eh! Apa yang saya melalut ini. This is not my point. Back to the topik. AKU MAHU TONTON TELEMOVIE AKU MAHU KE NEW YORK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

My birthday !


   Wah! Sekejap sahaja umurku sudah jejak 12 tahun. Rasa macam baru semalam saya masuk sekolah rendah. Menangis pada hari kedua. Hehehe 

Tadi mak masakkan ayam goreng,nasi lemak,kentang goreng dan spagetti! Sedap!! Birthday cake? Tak perlu beli. Buat apa nak beli kalau ibu sendiri baker . Hehehe. Kek Birthdaynya special. Mahu tahu macam mana rupanya? Tunggulah entri seterusnya. Okey bye !!

Mahu tidur ..

Sedihnya :(


  Pesta buku di PWTC hampir bermula. Macam mana ini. Saya nak sangat pergi :( Tapi PWTC itu di Kuala Lumpur. Jauhnya.. Mahu pujuk mak atau ayah? Jangan harap. Alasannya tak tahu jalan dekat Kuala Lumpur lah, sesatlah dan macam-macam alasan lagi. Tema Kedai Pink Ain Maisarah kali ini ialah BlinkStar. Bestkan? Star itu mengambil belakang nama novel Hijabistar,Novelistar,Selfiestar dan macam-macam lagi. Untungnya orang yang dapat pergi itu.. Yang kedua mengenai Program Jelajah Sekolah. Nanti penulis Blink akan datang. Dapat tandatangan, dan ada juga jualan buku-buku novel Blink. Oh! Seronoknyaa! Sekolah saya, bila lagi? Waduh! Kolotnya sekolahku ini,sekolah jiran sudah jemput. Hish! Sadis bukan?

Kalaulah ada sesi permintaan murid. Tuliskan satu permintaan yang bersesuaian untuk aktiviti sekolah. Tentu saya akan tulis begini;

"Apa kata kita jemput penulis novel terbitan Blink Book ke sekolah. Ada Program Jelajah sekolah yang mereka anjurkan ke sekolah yang menjemput mereka. Dapat mengasah minat murid untuk membaca dan berkarya supaya boleh melahirkan generasi yang baik. Selain itua da juga jualan buku. Oh! Pasti seronok dapat memborong buku Ain Maisarah banyak-banyak!"

Bestkan kalau permintaan diterima. 
Sambung entri lepas ini. Bye!

Bye-bye 2014 ! Hye-hye 2015 !

Dan Salam 1 Malaysia. Esok ialah hari terakhir bagi tahun  2014. Ya Allah Sedihnya. Terlalu banyak kenangan di tahun ini . Terasa sekejap sahaja umur saya mencecah 12 tahun . Bye 5 Arif ! I  love it so much ! Bukan itu sahaja,di tahun 2014 juga banyak memori pahit yang melanda negara Malaysia. MH370 hilang tidak dikesan sampai sekarang!Apalah khabar mereka semua ya? Hidupkah? Matikah? Hanya Allah sahaja yang tahu.Banyak negara membantu Malaysia mencari pesawat itu. Malangnya..Tiada jejak yang bertandang.

   Sekali lagi kejutan dan kesedihan datang di bumi Malaysia. Sebuah lagi pesawat MAS ditembak jatuh di negara Ukraine,Rusia! Semua penumpang MH17 meninggal dunia.Rakyat Malaysia kembali menangis hiba!

Bulan September datang menjelma..Debaran calon UPSR semakin menggila. Siapa sangka ? Soalan Upsr bocor diketahui semua. Calon UPSR kecewa tak terhingga.Walau bagaimana pun mereka tidak dapat membantah.

Akhir tahun mula kembali. Hujan lebat tidak henti-henti. Longkang tersumbat,air semakin naik.Akibatnya,pantai timur dilanda banjir.Banjirnya pula,bukan sebarang banjir.Banjirnya berketinggian tingkat 2 .  Mangsa banjir perlukan bantuan. Mereka semua ditempatkan di sebuah dewan,tempat berteduh.

Satu lagi kejutan,Pesawat QZ8501 hilang juga. Dari Surabaya ke Singapura. Hilang dari radar jam 6.30 . Sepatutnya tiba di Singapura,waktu 8 pagi. Ramai yang membuat spekulasi.Mungkin,pesawat tersebut terhempas di sebuah laut. MasyaAllah !


   

Tangguh hari sekolah ?

   Semalam saya dapat berita di Facebook . Mereka kata seluruh Malaysia tidak akan sekolah pada tarikh 4/5 Januari. Ini kerana Kementerian Pelajaran Malaysia amat memahami mangsa-mangsa banjir. Yalah Kelantan,Perak,Johor dan Terengganu banjir.Walaupun negeri lain tak kena.Bagi negeri yang bersekolah hari Ahad,start sekolah 11 Januari.Bagi yang sekolah hari Isnin start 1 Januari.

Perasan saya ?  Gembira + Boring :3 Semuanya bercampur-aduk 


Pendeknya entri kali ini .... 

Kalau begitu buat satu perenggan satu ayatlah . Bye :*

Blink boook #throwback

 
   Hai semua ! Kali ini saya mahu cerita mengenai cerita 4 hari yang lepas . Buku saya sudah samapai. Saya beli di KBO . Saya order Pakej Lawan RM50 .Best ! Dalam pakej itu terdapat :

~ 4 buku novel Siri Lawan
   1.Gegegerl Lawan Alien
2.Kpop Boys Lawan Band Rock
3.Miss Spa Lawan Gadis Kampung
4.Miss Shawlistar Lawan Miss Bawalistar

~ 4 button badge (tajuk buku)

~ 1 buku Ipad Planner 2015

Apa yang buatkan saya terkejut ialah saya dapat button badge percuma VIB ! (Veri Impotant Blinkers) Lol . Selain itu saya juga dapat tandatangan penulis-penulis buku,termasuk Ain Maisarah !Bestnya . !! Sampai sini sahaja entri kali ini ;) Tata !

Throwback!! #Mystory_at_Malacca

   Ingat lagi masa itu .. Di Melaka .. Kami sekeluarga berjalan-jalan di Dataran Pahlawan .. Ada dua pusat membeli-belah .. Nama shopping centre itu sama sahaja .. Penat tahap gila .. Jalan kaki sahaja .. Boleh kurus badan .. Lol .. Di shopping centre yang kedua memang buat saya bosan tahap gila .. Yalah adik-adik saya buat hal .. Menangis sahaja .. Mana mahu layan mereka -,-

   Selepas itu kitaorang pun pergi satu butik tudung ini .. Nama butik itu Ajnum .. Masuk-masuk sahaja saya terus pergi bahagian jual selendang .. Cantik-cantik ..Sehinggalah saya terjumpa selendang Pashmina .. Saya punyalah teruja lihat selendang Pashmina itu .. Yalah masa time baca buku Aku Mahu Jadi Hijabistar itu ada sebut fasal selendang Pashmina .. Lepas membelek selendang-selendang itu , akhirnya saya pilih tudung bawal bercorak polkadot (pink and blue)

   Selesai membeli , kami pun ke Mahkota Parade untuk membeli barang mak .. Mak kata ada sale di Parkson .. Aik !! Macamana mak boleh tahu ada sale dekat Parkson ?? Walhal sekarang ini kita hanya bercuti di Melaka .. Tinggal di Johor .. Macam-macam .. Saya ,ayah dan Ashraf duduk di bangku rehat .. Manakala mak dan Arissa pergi ber'shopping' .. Akhirnya selepas 20 minit menunggu , mak saya p[un tiba .. Mahu tahu apa yang dibelinya ???

   Dia bukan beli barang nya sendiri .. Mak beli beg sekolah Arissa .. Walhal time perjalanan ke Mahkota Parade beria-ia nak beli beg untuk Mak .. Aiyo!Apapun rasa kasihan pula dekat mak .. Kenapa tak beli beg untuk diri sendiri ?? Tidak apa , kalau dah ada banyak duit nanti , saya akan belikan mak beg :) I love you mom !! >-<