Bye-bye 2014 ! Hye-hye 2015 !
Dan Salam 1 Malaysia. Esok ialah hari terakhir bagi tahun 2014. Ya Allah Sedihnya. Terlalu banyak kenangan di tahun ini . Terasa sekejap sahaja umur saya mencecah 12 tahun . Bye 5 Arif ! I love it so much ! Bukan itu sahaja,di tahun 2014 juga banyak memori pahit yang melanda negara Malaysia. MH370 hilang tidak dikesan sampai sekarang!Apalah khabar mereka semua ya? Hidupkah? Matikah? Hanya Allah sahaja yang tahu.Banyak negara membantu Malaysia mencari pesawat itu. Malangnya..Tiada jejak yang bertandang.
Sekali lagi kejutan dan kesedihan datang di bumi Malaysia. Sebuah lagi pesawat MAS ditembak jatuh di negara Ukraine,Rusia! Semua penumpang MH17 meninggal dunia.Rakyat Malaysia kembali menangis hiba!
Bulan September datang menjelma..Debaran calon UPSR semakin menggila. Siapa sangka ? Soalan Upsr bocor diketahui semua. Calon UPSR kecewa tak terhingga.Walau bagaimana pun mereka tidak dapat membantah.
Akhir tahun mula kembali. Hujan lebat tidak henti-henti. Longkang tersumbat,air semakin naik.Akibatnya,pantai timur dilanda banjir.Banjirnya pula,bukan sebarang banjir.Banjirnya berketinggian tingkat 2 . Mangsa banjir perlukan bantuan. Mereka semua ditempatkan di sebuah dewan,tempat berteduh.
Satu lagi kejutan,Pesawat QZ8501 hilang juga. Dari Surabaya ke Singapura. Hilang dari radar jam 6.30 . Sepatutnya tiba di Singapura,waktu 8 pagi. Ramai yang membuat spekulasi.Mungkin,pesawat tersebut terhempas di sebuah laut. MasyaAllah !
◀ ▶