Susah mahu berdiet rupanya :(
Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat-sihat kehendaknya.Hari ini topik masih fasal berdiet.Yalah badan sudah naik.Tadi saya makan sebungkus nasi dengan lauk ayam masak lemak cili padi.Niat di hati mahu berdiet.Tetapi nafsu ini terlalu kuat mahu makan walaupun perut tidak lapar.Akhirnya saya tertewas juga!Sadis!Saya makan sampai ke titisan kuah terakhir.Huhuhu.Hingga menjilat jari.Sudahlah saya malas mahu bersenam..Lepas makan baring.Bila bersenam pula,boleh tahan sampai 10 minit sahaja.Selepas itu tercungap-cungap tidak bernafas.Walhal badan bukannya gemuk sangat.Badan saya sederhana kurus.Betul!
Tup-tap-tup-tap.Terus naik berat badan saya.Kawan-kawan pun ada tegur juga,badan saya makin naik dari hari ke hari!Mahu berjogging mak dan ayah pula sibuk!I realy need some support from my parents!Tapi mereka tak pernah faham!Saya harap sangat sekurang-kurangnya mak dan ayah saya bolehlah bawa saya ke tasik.Berjogging disana.Tetapi mereka selalu mungkir janji!Kata mahu jogging hari ini!Tapi tak pergi pun!Kecewanya!Sedihnya!Bye..Mahu hilangkan stress dengan buat entri baru -,-
◀ ▶